PENGALAMAN KETIKA DI SEKOLAH RENDAH
Ketika di sekolah rendah,saya merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah dan sering dijadikan contoh kepada rakan-rakan yang lain..saya sering mendapat tempat pertama atau kedua di dalam kelas..ketika darjah 4 saya dilantik sebagai ketua kelas oleh guru kelas saya..ketika darjah 5 pula saya telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai pengawas sekolah dan merupakan pembaca doa tetap semasa perhimpunan di sekolah..berkaitan pelajaran pula,saya amat menggemari subjek Matematik..saya sentiasa mendapat markah tertinggi dalam kelas untuk subjek tersebut..saya agak lemah dalam 2 subjek iaitu subjek Bahasa Inggeris dan Sains..setiap kali ujian atau peperiksaan,saya gagal untuk mendapatkan A bagi kedua-dua subjek tersebut..ia sekaligus mengakibatkan saya sukar untuk mengalahkan musuh utama saya dalam pelajaran untuk kedudukan yang pertama dalam kelas..tapi berkat kesungguhan dan doa ibu bapa dan guru-guru,alhamdulillah saya berjaya memperolehi keputusan 5A bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)..dengan pencapaian itu saya telah dijulang sebagai Tokoh Murid Sekolah bagi tahun tersebut..perasaan seronok itu tidak dapat digambarkan kerana apa yang saya impikan selama ini telah tercapai..alhamdulillah..sekian sahaja daripada saya..in shaa Allah saya akan menyambung pula pengalaman saya ketika di sekolah menengah selepas ini..assalamualaikum semua..
Comments
Post a Comment