PENGALAMAN DI SEKOLAH MENENGAH

Setelah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR,saya mendapat tawaran untuk meneruskan pembelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP) di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah(SEMESTA),Raub..sekolah tersebut terletak berdekatan dengan rumah saya yang juga terletak dalam daerah Raub..pengalaman pertama ialah saya mewakili sekolah dalam pertandingan Sahibba dalam Karnival Kurikulum Bahasa Melayu peringkat Daerah Raub pada tahun 2012..saya terpilih kerana menggantikan pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut kerana peraturan permainan yang dikhaskan kepada pelajar bawah 15 tahun sahaja..pada pertandingan tersebut saya telah berjaya mara ke peringkat akhir bertemu dengan 3 orang peserta dari sekolah seteru utama SEMESTA iaitu SEMESRA..perasaan yang amat mendebarkan kerana tidak menjangkakan akan mara sehingga ke peringkat akhir..pertandingan peringkat akhir tersebut dijalankan di sekolah umi saya..alhamdulillah kemenangan berpuhak kepada saya..selepas diumumkan saya memenangi perlawanan akhir tersebut,saya terus memeluk umi saya dan menangis..pengalaman yang seterusnya ialah ketika di Tingkatan 4 dan 5..pada ketika itu,saya telah menyertai pasukan kriket sekolah untuk kejohanan kriket peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang(MSSP) di Pekan,Pahang dan peringkat Sekolah Berasrama Penuh(SBP) Kebangsaan di Sungai Petani,Kedah pada tahun 2013..pada ketika itu sekolah saya telah menjadi Johan untuk kedua-dua kejohanan tersebut..pada tahun 2014 pula,peringkat MSSP di Kuala Lipis,Pahang..di mana sekolah saya telah ditewaskan oleh daerah Pekan..dan kami hanya berpuas hati sebagai naib johan..tetapi untuk peringkat SBP Kebangsaan yang dilangsungkan di Banting,Selangor,sekolah saya meneruskan reputasi cemerlang di peringkat SBP Kebangsaan dengan menjuarai Kejohanan Kriket Peringkat SBP Kebangsaan buat kali keenam berturut-turut..alhamdulillah,,sekian sahaja daripada saya..assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

KATA-KATA BIJAK ISLAM TENTANG CINTA

KASIH IBU DAN AYAH

LUNG CANCER